Monday, March 14, 2011

TIPS PENJAGAAN KAMERA

1. bersihkan selepas menggunakannya
- guna peralatan seperti blower dan microfiber cloth
- pastikan kamera bersih dari habuk, pasir dan air

2. elakkan dari sinaran matahari yang berterusan
- guna kain lembap atau yang berwarna cerah untuk menangkap gambar di tengah panas

3. elakkan terkena air
- jika terkena, terus lap dengan kain kering
- terus simpan dalam drybox, kalau tak ada drybox boleh gunap tupperware kedap udara
- jika berada di pantai, elak terkena air masin

4. elakkan kamera dalam kelembapan tinggi
- kelembapan tinggi menggalakkan pembiakan fungus atau kulat terutama di kawasan lens yang boleh menjejaskan kualiti gambar
- letak silica gel untuk menyerap kelembapan

5. elakkan cuaca sejuk
- simpan kamera pada suhu badan
- jika pemeluapan terjadi, tanggalkan bateri dan kad memori serta-merta dan biarkan kamera terbuka sehingga betul-betul kering

6. gantung
- gantung di leher
- lilit strap atau tali kamera di tangan ketika menggunakannya

7. bersihkan tangan
- cuci tangan dan keringkan sebelum memegang kamera
- pastikan tangan bebas dari segala anasir seperti losyen, minyak rambut dan sebagainya

8. elakkan pasir
- pasir yang termasuk ke dalam kamera akan menyebabkan lens 'jam'

9. beg kamera
- kalis air, tahan panas, tahan lasak, kalis habuk dan sebagainya

10. filter 

- boleh pakai UV filter atau CPL filter
- filter mengelakkan lens terkena habuk
- lens tak boleh lap sesuka hati kerana boleh merosakkan coating lens

11. screen protector

12. sejuk ke panas
- jangan keluarkan kamera dari beg secara mengejut bila keluar ke tempat yang lebih panas atau sejuk bagi mengelakkan berlakunya kondensasi lalu menggalakkan pembiakan fungus

13. jauhkan dari magnet
- magnet memberi kesan kepada litar kamera

14. servis berkala
- hantar ke pusat servis kamera untuk jangka hayat lama

sumber :

No comments:

Post a Comment